Jangan percaya cakap shahpaskal... aku bukan komando. Cheh.
Bulan ni masa hujung minggu di penuhi dengan aktiviti menembak. Aku di jemput untuk menyertai aktiviti ini di mana ia dipantau penuh oleh pakar2 dan jurulatih bertauliah dan profesional oleh ATM dan organisasi2 berdaftar.
Apa yang menarik dalam event2 ini aku buat kesekian kalinya dapat menguji berberapa jenis senjata api yang agak terkenal dan juga kadang2 kontroversi. Senjata itu ialah Colt M4 Carbine, Bushmaster Carbon 15 9mm Carbine, dan HK Mp5 A4. Ujian ini dilaksanakan didalam keadaan terkawal dan dipantau dengan tegas oleh pengasuh dan jurulatih profesional.
Bersama2 anggota yang mahir membuat kita ni terasa kerdil. Anyway kita terus kepada penilaian senjata kita yang pertama.
Bushmaster Carbon 15 - 9mm Carbine
Senjata yang sama digunakan oleh PDRM. Ia menggunakan peluru 9mm. Basically peluru yang sama dengan peluru pistol dan MP5. Senjata ini menggantikan penggunaan MP-5 dalam PDRM. Walaupun begitu aku rasa ianya tak meluas lagi.
Kelebihan utama senjata ala ala M4 ni ialah adapt-ability. Pelbagai jenis scope dan gajet boleh dipasang pada rail. Senjata ni upper receivernya di buat guna carbon-fiber. Dulu kita ada pernah dengar masalah receiver ni yang retak bila di lenjan oleh anggota2 keselamatan. Aku di fahamkan masalah ini telah diselesaikan oleh pihak Bushmaster dengan menukar kepada receiver dari binaan yang lebih kukuh.
Dari segi recoil ia kuat sikit je dari MP-5 tapi cara menenangnya menggunakan flip iron sight adalah hampir sama dengan dengan M16 dan M4 jadi pengguna M16/M4 tiada masalah untuk bertukar ke senjata ini. Cuma kekok sikit masa mula2 guna tu. Dari segi ketepatan macam biasala.. sebab aku first time guna flip sight macam tu.. tak dapat la nak buat grouping.
Senjata seterusnya dikira antara yang paling legend di dunia.
HK Mp5 A4
Yg kiri ialah versi A4 dengan udi kekal dan yang kanan ialah versi A5 dengan udi teleskopik boleh laras.
Senjata ni legend. Hampir semua pasukan khas dan anggota keselamatan di dunia ni paling busuk pun pernah menembak senjata ini. Ia sangat sesuai untuk pertempuran jarak dekat dan mudah di kendalikan. MP5 bila pegang rasa sangat solid. Hampir keseluruh badannya dari besi yang kukuh... pegang pun sedap. Versi A4 yg udi kekal tu.. fit dengan pipi dengan selesa. Versi udi teleskopik tu mula2 pakai kekok sedikit.. tapi bila kita dah biasa guna sight MP-5 ke kekokkan tu hilang.
Senjata ni sangat stabil dan tepat. Aku dapat la grouping cantik..
Selesai sudah penilaian tak pro dua senjata submachine gun yang menembak peluru 9mm ni. Seterus nya kita ke satu lagi lagenda dalam dunia senjata api.
Turtle Mints kata aku gemuk. Down gila aku hari ni.
Anyway seterusnya ialah lagenda Colt M4 Carbine.
M4 Carbine ni buat aku tersengih2. Senjata ni menggunakan peluru 5.56mm tetapi ia sangat balance dan seronok dikendalikan. Menembak 100 meter takde masalah.
Aku satu team dengan Dato Sheikh Panglima 3 Divisyen. Dato Sheikh pakar M4, dia sudi beri tunjuk ajar pada aku bagai mana cara nak junjung target tu. Yg bercangkung tu Boss CPPTS, dia dah lama tak menembak M4. Jadi agak kekok sikit. Pastu Che Det tertanya2 .. Kenapa PDRM tak amik M4 ek? Bushmaster Carbon 15 versi 5.56 tu terlalu bising dan recoil nya kuat. Aku pun tatau la tuan.
Tu Marhalim Abas dari MALAYSIAN DEFENCE tu tengok dia sengih. Dia suka tu M4 tu.. MA siap pernah pergi ke kilang Colt lagi kat US. Kalau senjata ni tak bagus takdenya dia senyum mcm tu. Siap masuk ranking top ten shooter lagi masa event tu.
Ni blogger BERTIWI dia punya kepakaran sebenarnya M16. Tapi dia kata tiada masalah nak beralih ke M4. Jarak efektif 400 meter tu ok la tu kata dia. Takkan semua nak jadi sniper kan. Tim dia jatuh kan 10 plate besi tak sampai 30 saat jarak 100 meter.
Yang ni kalau korang tak kenal aku tak tau la. Shahpaskal dari Military of Malaysia. Dia kata dia gagal menembak sebab demam.. tapi nama masuk top ten shooter. Untuk makluman Lapang Sasar Menyala ni macam rumah dia dah.
Selesai sudah, Lebih banyak gambar2 event menembak ni di PANGGILAN PERTIWI.
Sekain
GaGaK
P/S Sadin biasa menembak di laut menggunakan HK416 milik Paskal.



















.jpg)


