Quantcast
Channel: Malaysian Support The Troops
Viewing all articles
Browse latest Browse all 705

PRESENCE AND DETERRENCE - ESSCOMM NEED TO BUCK UP

$
0
0


Gambar dari Daniel

PRESENCE AND DETERRENCE - ESSCOMM NEED TO BUCK UP

by ikansadinmknorang

isu penculikan di Sabah east coast terjadi lagi dalam tempoh masa sebulan dari insiden lepas, kali ini betul2 di bawah batang hidung ESSCOMM...yg ditubuhkan setahun lepas ekoran insiden pencerobohan di Lahad Datu....

ya betul, dibawah batang hidung ESSCOMM....ia terjadi

perkara ini amat serius kerana, pemerintah sudah acap kali memberikan keyakinan yang insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi....dan ini memberikan satu indikasi negatif yang ESSCOMM masih belum mampu berfungsi sepenuhnya....

dalam menghadapi ancaman asimetrikal ini, langkah cegah rintang dan penempatan pasukan keselamatan sebilang masa amat penting....

rondaan demi rondaan perlu dilakukan dengan lebih kerap, baik di pesisiran pantai dengan kenderaan darat mahupun di kawasan perairan wilayah pantai timur sabah itu sendiri dengan aset rondaan permukaan dari bersaiz kecil hingga paling besar...

kita sedia maklum, dua cabang utama keselamatan maritim negara, TLDM dan MMEA sedang mengalami kekangan jumlah aset yang kritikal, dimana TLDM seperti sudah "stretched over a long defensive line" dengan aset permukaan mereka diperlukan hampir diseluruh kawasan perairan negara dari Perlis hingga ke Australia manakala aset milik MMEA pula kebanyakannya sudah hampir tamat jangka hayatnya....sudah sampai tahap menukun lagi...apa kes...

ini ditambah dengan kekangan aset dalam pegangan pasukan Polis Marin mahupun unit amfibia tentera darat sendiri, yg jelas secara tidak langsung menyebabkan pasukan keselamatan kita tidak dapat mewujudkan kehadiran atau presence mereka di sekitar perairan Sabah sekaligus memberikan indikasi kepada mana2 ancaman murka yang ESSCOMM masih mempunyai kelompangan dan masih boleh disusup tanpa sedar...

kedudukan pulau, perkampungan air, laluan perkapalan dan sempadan negara kita dengan negara jiran yg amat-amat hampir sememangnya memerlukan penempatan sejumlah aset yg banyak dan mampu beroperasi dan melaksanakan rondaan sebilang masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa gagal...

bila kali terakhir menteri2 atau pemimpin politik tak kira apa partai datang turun padang dan melawat pasukan keselamatan kita di sempadan negara kita yg paling hadapan dan paling kritikal ini...?

adakah disuarakan kepada kepimpinan tertinggi militer dan kepimpinan politik akan keperluan yg sepatutnya untuk anggota dan pegawai keselamatan kita yg berada di sana...?

xperlu pergi jauh sampai ke petinggi pasukan keselamatan....mcm mana pula dengan keluhan dan suara para anggota dan pegawai yg ada on the ground itu sendiri....adakah para bapak2 petinggi2 tertinggi pasukan keselamatan ada mendengar idea, kritik dan pendapat mereka....atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri....maaf kalau kasar....kalau tak kasar orang tak ambil kisah...

cukupkah bot peronda, cukupkah kapal peronda,...bagaimana dengan rondaan oleh aset udara...bagaimana pula dengan rondaan di kawasan daratan pesisir pantai....intelejensia...adakah jaringan perisikan dan pemantauan secara HUMINT dan SIGINT dilaksanakan atau jika ia telah ada adakah ia diberikan perhatian lebih terperinci....bagaimana pula dengan pemantauan menggunakan teknologi terkini seperti UAV dan TARS, adakah perlu ditambah atau dinaiktaraf rangkaian stesen pemantauan radar dan elektronik sedia ada......adakah pos kawalan diberikan peralatan sepatutnya seperti alat pandangan malam atau alat pandangan infra merah, mahupun binokular kepada anggota yg berkawal......dan adakah terdapat imbuhan kepada anggota dan pegawai pasukan keselamatan kita yg bertugas disana seperti elaun tambahan dan sebagainya....?

perlu diketahui....pegawai dan anggota pasukan keselamatan kita akan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik jika sekirannya mereka diberikan peralatan yg mencukupi, selain memberikan mereka lebih keyakinan dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman....

saya yakin...ramai dari kalangan masyarakat umum juga mahukan kelengkapan yg trampil disediakan kepada pasukan keselamatan kita.....kita tidak mahu insiden penculikan atau insiden pencerobohan ini berulang.....sudah sampai masa ESSCOMM untuk buck up....jangan sampai kita dah betul2 terlambat baru nak ambil tindakan....

kepada pak menteri, jangan sampai lewat sangat baru nak ambil tindakan drastik....kepada bapak2 petinggi2 tertinggi pasukan keselamatan....buang2kan lah ego antara satu sama lain....malu sikit orang dibawah senyum dan geleng kepala melihat gelagat anda....dan para anggota dan pegawai pasukan keselamatan on the ground yg kerap ke sana ke mari dan terus bertugas sebilang masa dalam apa keadaan sekalipun...kami berterima kasih kepada anda..jasa anda kami hargai sepenuhnya..tak kira dari pasukan mana sekalipun anda sekelian....kami faham anda dalam dilema..saya terutamanya amat faham....

kepada ketua pegarah ESCOMM....saya rasa anda berada pada kedudukan paling teruk.....anda telah dengar kritikan dari pelbagai pihak....dari rakyat biasa terutama keluhan orang Sabah sendiri yg masih mencari2 sense of security yg sebenar dan bukan cakap2 depan tv sahaja.....kritikan tak berapa cerdik dari penyokong dan kepimpinan partai pembangkang yg make sense....dan kritikan dari sekelian personnel on the ground......dan dari itu sila BUCK UP...!!!!

saya tak kata anda KP ESSCOM tak buat kerja....tapi kerja anda belum cukup bagus dan belum boleh dapat thumbs up lagi dari sekelian rakyat biasa yg sebilang masa menilai anda dan pasukan anda.....jenguk2 personnel kita di medan....jenguk2 la apa aset mereka pakai....apa adakah bot peronda...cukupkah..spares nya bagaimana...elokkah....? apa yg personnel anda sedang bikin....tidur bagaimana...makan bagaimana.....letakkan diri anda di dalam but perang mereka dan jangan asyik duduk di dalam bilik berpenghawa dingin saja....same goes to para petinggi tertinggi pasukan keselamatan....buat benda yg sama...saya tahu ada seorang dua yg selalu kesana kemari....ada....memang ada tapi tak semua buat macam tu...tak semua...


US COAST GUARD FULL SPECTRUM MARITIME SECURITY. Bajet yang CIPUT takkan mampu mendokong ESSCOM.

saya mohon maaf kalau2 posting ini menyebabkan ada pihak yg terasa hati....saya harap...yg terasa dapat terima dengan hati terbuka yg ini adalah kritikan membina dari saya Ikansadinmknorang.....sekali lagi..saya mohon maaf kalau ada terkasar dan tersilap kata....dan sila betulkan saya kalau saya ada tersilap dan salah....saya terbuka untuk kritik dan komen dari anda...kerana pada pengakhiran nanti....kita semua nak yg terbaik....

akhir sekali...saya ni orang awam biasa....yang concern dengan keselamatan negara....dan amat berharap ia dipandang serius oleh semua pihak.....terutama yg tinggi melangit belaka pangkat masing2.....

-ikansadinmknorang-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 705

Latest Images

Trending Articles



Latest Images