Quantcast
Channel: Malaysian Support The Troops
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

KONSEP UNTUK OP DAULAT - UAV UNTUK MENINGKATKAN JARAK PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN KAPAL PERONDA

$
0
0


by ikansadinmknorang...entri kali ini dalam bahasa Malaysia


UAV UNTUK MENINGKATKAN JARAK PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN KAPAL PERONDA

kita sedia maklum kawasan pemantauan ESSCOM adalah sangat luas dan meliputi seluruh kawasan pantai timur sabah dan juga kawasan perairannya yg bersempadan dengan pulau-pulau yang termasuk dalam administratif Republik Filipina...

kedudukan pulau yang berhampiran dengan pantai timur sabah selain wujudnya pelbagai peluang pekerjaan dan ekonomi ini mengundang pergerakan masuk imigran secara tidak sah melalui jalan air...

pemantauan secara menyeluruh kawasan perairan negara dari pencerobohan imigran hinggalah mengekang penyusupan masuk elemen-elemen pengganas dan elemen penyeludupan kontraban seperti dadah dan senjata api memerlukan pengaturgerakan aset yang menyeluruh dan efektif




seperti yang kita maklum...negara mengalami kekangan aset permukaan yg sederhana dengan kebanyakan aset permukaan yang terdiri dari Fast Attack Craft - Gun (FAC-G) dan Patrol Craft (PC) yg merupakan tulang belakang utama RMN di Sabah East Coast selain aset2 rondaan milik Maritim Malaysia dan Polis Marin mempunyai jangkauan jarak rondaan yang terhad dan tidak mempunyai sistem pengesan yang ampuh seperti kombatan permukaan yang lebih besar dan berkeupayaan tinggi seperti frigate atau korvet....ditambah dengan ketiadaan dek penerbangan bagi mengoperasikan helikopter...

disini MMP ingin mengemukakan satu cadangan peningkatan keupayaan aset sedia ada...iaitu

1.mengoperasikan UAV sebagai unit organik kapal peronda yg mempunyai jangkauan jarak operasi yg lebih jauh dan dilengkapi penderia seperti kamera dan FLIR/IR.

2.UAV ini dioperasikan dari kapal peronda dalam modul mudah alih yang hanya menggunakan ruangan sedia ada pada kapal tanpa perlu pengubahsuaian yg keterlaluan...

3.contoh terbaik konsep pengoperasian dan rekabentuk UAV yg sesuai dan menepati keperluan ini adalah Sapura Cyber Shark dan juga USN Fire Scout....



VTUAV LOOKOUT MK I

konsep yg dinyatakan diatas telah pun diaplikasikan oleh USN pada FireScout...tetapi dalam saiz yang lebih besar dan dioperasikan pada kapal perang dengan kemudahan geladak penerbangan dan hangar seperti frigate atau destroyer...malah Fire Scout juga boleh dilengkapi dengan persenjatan seperi HellFire missile....take note yg FIRESCOUT dibina berdasarkan airframe helikopter dan saiznya sememangnya bersaiz sebijik helikopter dan hanya boleh dioperasikan dari kapal perang dengan geladak penerbangan seperti frigate LEKIU class atau korver KASTURI class..mahupun NGPV KD KEDAH class tetapi tidak pada PC dan FAC-G mahupun kapal2 peronda MARITIM dan POLIS MARIN...

memperlihatkan Sapura yang membangunkan Cyber Shark...yang merupakan uav helikopter bersaiz kecil tetapi mempunyai endurance penerbangan yg memuaskan...tetapi saiznya amat kecil dan jangkauan jaraknya juga terhad...

maka...

uav bersaiz sederhana yg mempunyai bentuk dan saiz sediki besar dari Cyber Shark boleh dibangunkan dan diperlengkapkan keupayaan pengesanannya dengan menempatkan FLIR dan kamera berkuasa tinggi selain mempunyai hardpoint bagi menempatkan senjata ringan sebagai keupayaan ofensif UAV ini...setaraf MQ-8 FIRE SCOUT

perlu di fahami...UAV ini mestilah beroperasi di atas kapal peronda sedia ada yg tidak mempunyai geladak penerbangan dan bukan pada kombatan perang permukaan seperti frigate...maka saiz adalah keutamaan yg perlu diberikan perhatian...selain ia perlulah cukup kompak untuk membolehkan ia disimpan tanpa perlu membuat pengubahsuaian pada kapal peronda

maka menggabungkan dua keupayaan UAV Fire Scout yg bersaiz besar dan mempunyai sut elektronik dan pengesan yg lebih baik serta Cyber Shark yg bersaiz kecil dan sesuai dioperasikan dari dek kapal peronda bersaiz kecil dan sederhana tetapi tidak mempunyai persenjataan..



ini membawa kepada idea VTUAV LOOKOUT MK II...yang mempunyai ciri2 CYBERSHARK tetapi lebih besar dan dilengkapi senjata ringan automatik untuk tujuan ofensif...selain airframe nya yang besar membolehkan ia ditempatkan dengan FLIR atau kamera pandang malam..mahupun kamera definisi tinggi...


UAV ni bersaiz sederhana dengan payload seberat 80 KG...boleh dilengkapkan dengan senjata ringan seperti 4 x HK 416 dgn BETA C MAG magazin 100 butir peluru atau 2 x FN MINIMI...atau tangki minyak luaran untuk jangkauan jarak lebih jauh...


senjata dikawal secara remote oleh operator dan penembakan dibantu dengan FLIR atau Day/Night TV camera...

-sadinia-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles