Quantcast
Channel: Malaysian Support The Troops
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

SCORPENE SUBMARINE dan KENAPA - dari pemahaman orang biasa : Bahagian 3

$
0
0
nukilan ikansadinmnorang....tulisan ini pernah keluar di page Facebook MAL-DEF....korang cari lah....




subs yg diperoleh oleh RMN boleh dioperasikan di mana2 kawasan lautan bergantung kepada kedalamannya..

yang pasti...ia boleh dioperasikan di pantai timur sabah..ia boleh dioperasikan di laut china selatan dan juga di selat melaka...

kelebihan scorpene atau mana2 kapal selam yg dijana dengan penjana diesel elektrik adalah ia lebih senyap dan lebih sukar dikesan di kawasan air cetek...dan kawasan perairan yg sibuk dengan aktiviti perkapalan...satu kelebihan yg ada secara tersendiri pada wilayah laut malaysia serta zon ekonomi eksklusifnya...

kawasan2 perairan negara adalah kawasan perairan yg amat sibuk dengan aktiviti perkapalan yg pelbagai...dan merupakan sea lanes of communication yang amat vital bagi perdagangan dunia...terutama dari barat ke timur dan ke benua amerika...

selain itu...kedalaman kawasan perairan negara yg tidak sedalam lautan pasifik (kedalaman pentas benua negara adalah dalam lingkungan 150m-200m di laut china selatan...selat melaka mempunyai kedalaman >200 di utara dan paling cetek <5m br="" dibuat...="" diselatan...="" elemen="" kapal="" mempunyai="" menyukarkan="" pengesanan="" selam="" semulajadi="" yg="">
dua perkara ini merupakan kelebihan yg dimiliki negara dan ia dieksploitasi bagi tujuan pertahanan dengan pengunaan kapal selam

perlu diketahui umum...kapal selam adalah aset strategik yg amat digeruni oleh mana2 armada...dari sebesar2 kuasa militer dunia hingga negara dunia ketiga...kerana satu kapal selam mampu untuk menghadang atau memusnahkan aset kritikal armada seperti kapal pengangkut atau kombatan permukaan prinsipal spt destroyer atau kruiser dengan mudah dan tanpa dikesan..meyebabkan musuh perlu berfikir dua tiga empat kali untuk cuba memasuki perairan negara dengan formasi armada yg besar...

selain itu...teknik untuk mencari kapal selam juga bukan mudah...US sendiri perlu mempunyai deretan kapal frigat anti kapal selam lengkap dengan helikopter organik yg mampu membawa sonobuoy dan memusnahkan kapal selam...selain pengunaan pesawat rondaan maritim anti kapal selam dan juga pengunaan sonar aktif dari kapal perang permukaan...hanya untuk mencari dan memusnahkan satu kapal selam.....

ya...anda perlu mengatur gerak seluruh kekuatan anti kapal selam yg ada pada kapal dan pesawat untuk mencari dan memusnah sebuah kapal selam...ia satu tugas yg bukan mudah dan ini lebih menyukarkan jika nakhoda kapal selam tersebut amat cekap dan mengetahui selok belok perairan dan kawasan2 yg memberikan kelebihan kepada nya dgn mengelak dari dikesan atau membuat serangan...

kelihatan dua buah seperti tidak mencukupi....perlu diketahui kuantiti bukanlah segalanya...kualiti adalah aspek yg perlu diambil kira dan amat ditekankan....

selain bertindak sebagai aset strategik...ia juga boleh digunakan untuk pengumpulan maklumat risikan..melaksanakan pemintasan komunikasi dan penyusupan pasukan khas...

jumlah bukan segalanya...namun ia adalah kelebihan yg juga tidak boleh dinafikan...

perlu difahami peri penting pengunaan kapal selam ini bukan semata-mata untuk kegunaan counter insurgensi spt di lahad datu tp lebih kepada cegah rintang strategik kepada musuh yg mempunyai kekuatan militer yg eviden seperti PRC...

berkenaan permasalahan sub yg tidak boleh menyelam

sy menggunakan analogi pesawat penumpang...

sebelum penerbangan dibuat...pemeriksaan dan maintenance berjadual akan dilaksanakan keatas pesawat bagi memastikan pesawat tersebut layak untuk terbang dan tidak mengalami apa2 masalah ketika penerbangan....jika ditemui masalah..sebagai masalah teknikal yg kecil...pesawat tersebut tidak dibenarkan terbang...atau grounded sehingga permasalahan tersebut diselesaikan...ini bagi mempastikan yg permasalahan tersebut dikenalpasti puncanya dan diperiksa sekali lagi samada masalah tersebut datang dari satu tempat atau ada melibatkan masalah2 lain...

tujuan utama...adalah keselamatan penumpang...kerana pesawat penumpang..jika terhempas...atau mengalami masalah adalah satu mimpi ngeri dan ia melibatkan jumlah nyawa yg banyak...bayangkan kalau sebuah 747 dgn 200 penumpang terbunuh semua sekali akibat masalah2 yg tidak dikenal pasti...

industri penerbangan adalah sangart regulated kerana mereka mengutamakan keselamatan pesawat bg mempastikan pesawat terbang dan sampai dengan selamat bersama penumpang tanpa berlaku insiden...

kerana sebab yg sama...iaitu berlaku insiden pesawat terhempas pada satu2 jenis pesawat atau pada syarikat penerbangan...semua pesawat jenis yg terlibat...atau semua pesawat syarikat tidak dibenarkan untuk terbang sehingga pemeriksaaan menyeluruh dilakukan...dan siasatan akibat insiden selesai...

kembali kepada isu kapal selam...

kapal selam juga dioperasikan di dalam environment yg amat berbahaya...yakni di bawah permukaan..

sedia maklum bahawa keadaan dibawah permukaan bukan lah tempat yg boleh diduduki manusia...

tekanan didalam air adalah tinggi...90m bersamaan 10 atmosfera...dan ia meningkat apabila kedalaman meningkat...

keadaan persekitaran ini amat berbahaya dan hanya kapal selam adalah satu2nya tempat dimana manusia boleh dihidup tanpa dikeronyok oleh tekanan laut ini...

dengan analogi yang sama pada pesawat penumpang...

kapal selam juga perlu menjalani rutin pemeriksaan dan maintenance yg ketat...untuk mempastikan ia dapat beroperasi dengan optimum tanpa ada sebarang permasalahan....dan jika ditemui permasalahan yg boleh membahayakan kapal selam dan krew..ia tidak dibenarkan untuk menyelam atau di kerah untuk operasi sehingga permasalahan tersebut selesai dan pemeriksaan menyeluruh mendapati ia selamat untuk dioperasikan dalam persekitaran yg disebutkan...5m>


-sadinia-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles