Quantcast
Channel: Malaysian Support The Troops
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

KONSEP UNTUK ESSCOM - PENINGKATAN JARAK PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN KAPAL PERONDA : BAHAGIAN 2

$
0
0
entri oleh ikansadinmknorang....beliau boleh bertutur dalam bahasa nederlanse godverdamme..!!

dalam entri bahagian pertama...MMP ada mengutarakan idea dan konsep berkenaan pengunaan VTUAV bagi kapal2 peronda seperti OPV, PC, FAG-G mahupun kapal2 peronda milik MMEA dan Polis Marin bagi meningkatkan keberkesanan pengawasan dan memperluaskan jarak pengawasan walaupun mempunyai jumlah aset terhad...

konsep dalam bahagian pertama memfokuskan pengunaan VTUAV bersaiz kecil atau sederhana yg boleh dioperasikan diatas kapal yg tidak mempunyai geladak penerbangan...rujuk pautan untuk pembacaan lanjut bahagian pertama disini..Konsep untuk Ops Daulat Bahagian 1

Dalam bahagian kedua ini MMP akan mengutarakan satu lagi konsep UAV kompak yg boleh dioperasikan dari kapal peronda tanpa perlu kemudahan geladak penerbangan...

1.SCAN EAGLE - MENINGKATKAN KEUPAYAAN JARAK PENGAWASAN KAPAL PERONDA



kita mengetahui melalui media yang CTRM dan Insitu Pacific (subsidiaries of Boeing) telah menandatangani kontrak ketika DSA2012 untuk satu sistem Scan Eagle bagi kegunaan (tender based) ATM. Jumlah sebenar uav yg dibeli tidak diketahui.

rujuk link untuk pebacaan lanjut :

http://www.shephardmedia.com/news/uv-online/dsa12-insitu-signs-malaysian-scaneagle-deal/

http://www.insitu.com/systems/scaneagle

http://www.insitu.com/images/uploads/product-cards/ScanEagle_SubFolder_UE_092612.pdf

Scan Eagle merupakan sistem UAS (unmanned Aerial System) berkos rendah, ringn dan mempunyai jarak jangkauan yg jauh, dilengkapi kamera resolusi tinggi serta sistem pandangan malam (Night vision dan thermal vision).


ScanEagle dengan catapult dan recovery system nya pada special operation craft Mk.V

Berasal dari sistem UAS awam SeaScan bagi industri perikanan...Scan Eagle menggunakan catapult sebagai medium pelancaran membolehkan ia dioperasikan diatas kapal2 peronda yg tidak mempunyai geladak penerbangan.

ScanEagle dapat memberikan keupayaan ISR kepada kapal peronda dalam masa sebenar, dengan ketahanan penerbangan sehingga 24 jam, mampu untuk beroperasi sehigga altitud 5944m dengan kelajuan 48knots.

Dilengkapi sistem panduarah GPS dan inertial, Scan Eagle juga mempunyai keupayaan untuk dilengkapkan dengan synthetic arpeture radar NanoSAR....selain kelengkapan ISR bagi tujuan communication relay.

Dua perkara yg membolehkan ScanEagle adalah uav nya sendiri yg ringan dan kompak selain payload nya yg boleh ditukar ganti (samada antara intergrated avionics atau dengan menempatkan NanoSAR)..kit kamera resolusi yg boleh ditukar ganti di medan dengan sensor lain seperti kit elektro optikal dan infra merah...sensor biologi dan kimi..laser designator dan juga magnetometer untuk mengesan anomali magnetik.

Scan Eagle terdiri dari 4 sistem kompak utama...UAV nya sendiri...catapult untuk pelancaran dan Skyhook untuk tujuan recovery UAV kepada induknya serta modul Command and Control.

5 perkara yg menjadikan ScanEagle sesuai utk kegunaan platform rondaa atau kapal perang adalah  :
1.sistem UAV yg ringan dan kompak serta mudah diselenggara dan ditukar ganti kit misi nya
2.sistem catapult dan recovery yg boleh ditempatkan diruangan geladak yg terhad
3.modul CnC yg kompak dan dioperasikan dengan jumlah anggota minimum
5.jangkauan jarak operasi serta endurance UAV selain keupayaannya memberi maklumat masa sebenar

5 perkara yg disebutkan memberikan kelebihan dan peningkatan keupayaan kepada kapal peronda sedia ada selain dapat memberikan maklumat terkini dalam masa sebenar dalam satu2 operasi kepada komander...mempercepatkan lagi decision making time..

rujukan bagi command and control Scan Eagle
http://www.insitu.com/systems/command-and-control

rujukan untuk catapult dan Skyhook recovery system
http://www.insitu.com/systems/launch-and-recovery

rujukan untuk integrasi sistem dengan unit2 lain
http://www.insitu.com/systems/command-and-control/icom2


pelancar atau catapult ScanEagle bg melancarkan UAV tersebut


ScanEagle kembali ke kapal dengan menggunakan SkyHook yg ditempatkan diatas geladak kapal




Skyhook berukuran menangkap ScanEagle menggunakan wayar 


USN dan RSN antara pengguna ScanEagle pada kapal perang mereka (walaubagaimanapun status ScanEagle pada RSN tidak diketahui) yg telah membuktikan keupayaan dalam menghantar maklumat masa sebenar kepada komander kapal perang.

USN secara rasminya menggunakan ScanEagle di perairan Lautan Hindi dan Teluk Aden bagi operasi anti pelanunan dan mencatatkan kejayaan memberikan maklumat masa sebenar ketika insiden rampasan Maersk Alabama.


foto masa sebenar (real time) yg diambil oleh ScanEagle menggunakan kit elektro optik dan kamera resolusi tinggi



ScanEagle membuktikan keupayaannya yg boleh dioperasikan dari geladak kapal dan dalam kes ESSCOM diatas geladak kapal2 peronda bersaiz sederhana seperti FAC-G bagi membolehkan kapal-kapal peronda ini mempunyai input maklumat dan data masa sebenar selain meningkatkan jarak jangkauan operasi dan pengesanan sedia ada kapal peronda tersebut.

Sistem yg kompak ini hanya memerlukan sekurang-kurang nya 2 operator (walaubagaimana pun kehadiran tim penyelengara diperlukan sekiranya UAV digunakan untuk jangka masa panjang) dengan sistem Command dan Control yg telah dipermudahkan mampu ditempatkan di atas kapal peronda sedia ada.

Usaha sama CTRM dan Insitu bakal memberikan kebaikan kepada industri pertahanan dan sekaligus memberikan ATM dan ESSCOM peningkatan keupayaan dari segi ISR.

Bacaan lanjut berkaitan ScanEagle:

http://www.insitu.com/press/insitu-pacific-announces-contract-for-scaneagle-uas-with-ctrm-of-malaysia
http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2012/04/19/scaneagle-for-sabah/
http://www.defenseindustrydaily.com/from-dolphins-to-destroyers-the-scaneagle-uav-04933/
http://www.naval-technology.com/projects/scaneagle-uav/
http://kementah.blogspot.com/2012/02/worth-reading-about-scaneagle-unmanned.html
http://www.insitu.com/systems/scaneagle-dualbay
http://www.shephardmedia.com/news/uv-online/dsa12-insitu-signs-malaysian-scaneagle-deal/



2. AEROSTAT - PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN SEMPADAN SECARA STATIK

PTDS (Persistent Threat Detection System) yg dioperasi kan di Iraq dan Afghanistan

Aerostat adalah kapal udara statik yg menggunakan gas helium (atau yg lebih ringan dari komposisi udara dalam atmosfera - Lighter Than Air) dan dilengkapi sistem2 pemantauan seperti radar jarak jauh...sistem komunikasi serta alatan elektro optik atau infra merah bagi tujuan pemantauan kawasan yg luas.

Aerostat mula diaplikasikan oleh angkatan tentera US sebagai platform ISR kos rendah yg membolehkan pasukan tentera mendapat input maklumat masa sebenar tanpa perlu mengharapkan pesawat ISR yg mempunyai kekangan pada masa operasi dan jumlah bahan api serta jarak jangkauan pengoperasian pesawat tersebut.

USAF,USCBP dan USCG mengaplikasikan TARS (Tethered Aerostat Radar System) sebagai sistem pengawasan sempadan dan pemantauan aras rendah dengan menggunakan aerostat yg dilengkapi radar dan pengesan pesawat.

TARS ditempatkan di sempadan US-Mexico dan terlibat dalam operasi mencegah penyeludupan dadah.

NOAA juga mengoperasi kan aerostat sebagai platform penyelidikan cuaca dan atmosfera.

TARS (Tethered Aerostat Radar System)

US Army pula menggunakan aerostat sebagai PTDS (Persistent Threat Detection Sytem) bagi mengesan kehadiran IED terutama di Afghanistan dan Iraq,,serta pada masa sama bertindak sebagai platform ISR kepada pasukan tentera yg bertempur di medan.

PTDS dibangunkan oleh firma Lockheed Martin dan dilengkapi suit ISR dan sut komunikasi dan intelijen..serta bertindak sebagai secure communication relay platfrom kepada pasukan tempur.

PTDS seperti TARS adalah platform aerostat statik. Ia dilengkapi sumber kuasa bagi sut2 elektronik dan pengawasan serta modul kawalan.

grafik aplikasi aerostat


Aplikasi PTDS dan TARS adalah satu konsep yg sesuai diguna pakai oleh ATM dan ESSCOM bagi tujuan pemantauan sempadan dan pada masa sama dapat memberikan pasukan di darat atau di laut maklumat terkini berkenaan pergerakan musuh. Aerostat dapat mengisi kekangan keperluan pesawat rondaan yg dihadapi ATM pada masa sekarang.

Sekiranya pesawat rondaan telah dioperasikan,aerostat ini akan terus berfungsi dan akan diintergrasi dengan pesawat rondaan mahupun unit rondaan permukaan yang lain membolehkan penyaluran maklumat yg efisien.

USN bereksperimentasi dengan aerostat (PTDS) bagi tujuan mencegah penyeludupan dadah

USN pula mula bereksperimen dengan aerostat dengan menempatkan sistem PTDS yg diguna di Afghanistan dan Iraq di kapal peronda mereka. Aerostat yg dilengkapi sensor dan radar ini telah meningkatkan jangkauan jarak pengawasan dari 5 batu nautika kepada 50 batu nautika..satu anjakan keupayaan yg amat ketara. Aerostat ini juga digandingkan dengan sistem UAV bagi membuat pemantauan lebih dekat keatas mana2 sasaran yg dikesan oleh aerostat.

TCOM, salah satu firma yg memfokuskan kepada pembangunan aerostat sebagai platform pemantauan telah berjaya membuktikan bahawa konsep aerostat boleh digunapakai pada kapal permukaan dengan pembangunan sistem SeaSurveillance.

aerostat SeaSurveillance dari firma TCOM yang menjadikan kapal sebagai induknya

SeaSurveillance mirip TARS tetapi statik pada induknya yang merupakan kapal permukaan menjadikan ia sesuai untuk kegunaan negara maritim seperti Malaysia bagi tujuan pemantauan kawasan perairan dan sempadan.

Dalam keadaan ATM, terutama RMN dan RMAF perlu memantau sempadan negara yang luas...konsep aerostat ini sekurang2nya dapat membantu mengurangkan bebanan kapal peronda dan pesawat rondaan selain ia kos efektif untuk diaplikasikan.

proposal berkenaan kedudukan stesen aerostat bagi Pantai Timur Sabah...

Selain berada dalam kedudukan statik di daratan...aerostat juga boleh beroperasi dari geladak kapal dan ini adalah satu kelebihan kepada ESSCOM mahupun ATM dimana penempatan aerostat yg dilengkapi sistem ISR,radar,sistem imejan thermal dan pandangan malam serta lain2 sistem elektro optik memberikan satu anjakan dan peningkatan keupayaan kepada rangkaian pemantauan sempadan negara.

Aerostat mempunyai kelebihan tersendiri yg tidak dimiliki pesawat konvensional dimana ia dapat berada di altitud tertentu untuk jangka masa lama berbanding pesawat yg perlu kembali ke pangkalan untuk pengisian bahan api atau pertukaran pesawat mahupun krew.

Ini tidak wujud pada aerostat yg mana ia kekal di satu kedudukan strategik pada altitud tertentu dan dapat memberikan maklumat terus menerus kepada mana2 unit yg berada di dalam lingkungan pengawasan aerostat ini.

Saiz aerostat yg pelbagai juga membolehkan ia dilengkapi dengan pelbagai radas elektronik..komunikasi dan pengawasan..menjadikan ia platfrom yg versatile dan kos efektif.

Konsep ini bukan sahaja boleh diaplikasikan untuk ESSCOM malah untuk tujuan pemantauan sempadan di dalam EEZ atau bagi pemantauan trafik di Selat Melaka.

Sistem ini tidak semestinya perlu bertindak stand alone dan menafikan keperluan pesawat rondaan maritim mahupun AEWC malah ia boleh diintegrasi bersama menjadikan sempadan negara lebih sukar di bolosi oleh musuh atau mana2 angkara murka.

Buat masa sekarang, ATM mengoperasi kan Aludra bersama2 stesen2 radar dan juga kapal2 peronda (terdapat sistem UAS lain tetapi tidak diketahui asal dan manufacturer)  yang merupakan tulang belakang utama kerja2 pengawasan sempadan kepada kapal2 peronda dan unit2 yg berkawal di sepanjang pantai sementara menunggu kemasukan pesawat rondaan maritim.


rujukan bagi pembacaan lanjut mengenai Aerostat TARS dan PTDS


http://www.af.mil/information/factsheets/factsheet.asp?id=3507
http://www.lockheedmartin.com/us/products/lighter-than-air-vehicles/ptds.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Tethered_Aerostat_Radar_System
http://www.defenseindustrydaily.com/133M-to-Lockheed-Martin-for-US-Army-Aerostat-based-Warning-System-05835/

rujukan bagi aerostat yang dibangunkan TCOM dan diguna pada kapal
http://www.tcomlp.com/sea-surveillance-systems/
http://www.tcomlp.com/

maklumat penuh aerostat TARS :
http://www.fas.org/nuke/guide/usa/airdef/tars.htm

aplikasi aerostat oleh USN dalam mencegah penyeludupan dadah
http://www.naplesnews.com/news/2013/apr/27/us-tries-new-aerial-tools-caribbean-drug-fight/
http://www.theverge.com/2013/4/28/4278802/us-navy-testing-drones-blimps-caribbean-drug-smuggling

artikel bersama video berkenaan keupayaan PTDS di Iraq
http://edgefighter.com/2010/07/04/chain-of-command-v-actionable-intelligence/



-sadinia-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles