Malaysian Air Defense Ground Environment Sector Operations Center III (MADGE SOC III) menberikan Tentera Udara Diraja Malaysia dengan peningkatan keupayaan yang ketara kepada sistem pertahanan udara bersepadu mereka.
Kontrak asal ialah untuk penambahan sebuah pusat operasi perintah dan kawal dan radar pertahanan udara jarak jauh, kontrak ini telah diperluaskan untuk merangkumi beberapa pusat operasi dengan sama ada Sector Operations Center atau Air Defense Operations Center yang mana sistem software dan User Interface sistem ini menggunakan sistem yang sama dengan software sistem Sentry yang di gunakan oleh NORAD.
Sentry merupakan asas Battle Control System, yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Kanada. Madge SOC III merupakan kesinambungan kerjasama yang panjang antara ThalesRaytheonSystems dan Tentera Udara Diraja Malaysia, yang bermula sejak pemasangan arahan automatik pertama mereka dan kawalan sistem pertahanan udara Malaysia.
Radar pertahanan udara jarak jauh GM 406, akan dihantar oleh ThalesRaytheonSystems dari Perancis. Ia adalah sebahagian daripada keluarga baru radar digital dengan keupayaan mengesan sasaran high- medium- and low-altitude yang menyediakan kemampuan pengesanan yang tiada tandingan serta keberkesanan operasi yang cemerlang.
Radar ini telah di modifikasi disesuaikan untuk mengatasi cabaran di negara Malaysia, yang memiliki persekitaran tropika dan keperluan untuk beroperasi secara serentak seluruh kawasan pergunungan, pinggiran pantai, dan juga lautan.
Jangkauan radar digital GM 406 TUDM memberikan keupayaan yang sukar di tandingi.
Pengoperasian yang mudah dengan automasi yang tinggi. Saiznya membolehkan sistem radar ini mudah di aturgerak kemana-mana sahaja.