PENYELESAIAN ISU ROHINGYA - SATUAN ASEAN SEBAGAI KUASA MENEKAN MYANMAR
oleh MMP
oleh MMP
Isu Rohingya yang mencari perlindungan sebagai pelarian memberikan kita dua perspektif mengenai orang Malaysia kita.
1.orang Malaysia yang betul-betul prihatin dan walk the talk...mereka ini dari kalangan ahli NGO kemanusiaan dan gerakan ugama dan mereka telah membantu sejak sekian lama sehingga ada pelarian ini yang berjaya menjadi manusia berguna, ada perniagaan sendiri, mampu berdikari dan survive di tempat orang..
2.orang yang konon-konon prihatin....opportunis politik yang sebolehnya mahu membantai pemerintah....opportunis ugama yang kononnya saudara seugama tapi bila bercakap utk tolong seperti golongan no.1, mereka ini samada diam tak berbunyi atau tak habis-habis menyalahkan pemerintah....
3.keyboard warrior....golongan ini memang tak boleh buat apa...semua sembang bikin bimbang....
semua orang mahu membantu pelarian ini, tetapi kita kena bijak membantu...bijak itu bermaksud tidaklah nanti orang kita sendiri yang akan makan pasir dinegeri sendiri dan tidak lah nanti menyusahkan diri dan negara kita kerana kita tahu dikalangan kumpulan pelarian tersebut adanya imigran tidak sah, penyeludup manusia dan penjenayah yang perlu kita periksa dan asingkan satu persatu.....
bijak itu bermaksud melawan dan membantu dengan cara berhikmah menurut ajaran Rasul kita...bukan maki hamun,bukan cerca,bukan menghalau...dan kebanyakan dari kita memberikan pandangan generalisasi (atau pukul rata) yang semua rohingya itu adalah pendatang tanpa izin yang hanya akan membuat onar didalam negara kita...
fikirkan sejenak anak-anak kecil, wanita dan orang tua yang bersesak-sesak didalam bot yang tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup, persekitaran yang mengundang jangkitan penyakit serta kualiti hidup yang sangat teruk....
dan kita kena faham yang kita tak menang tangan untuk menguruskan mereka semua jadi perlu ada kerjasama dari semua pihak...jenguk2 NGO kemanusiaan dan gerakan Islam yang membantu orang-orang ini...ada dan kedapatan....dan sekali sekali join dan bantu NGO ini....lihat dan rasai sendiri sengsara orang2 ini...paling utama, gerakan pelarian seperti UNHCR masih lagi berdolak dalik dan negara-negara signatori UNHCR seperti Australia juga berdolak dalik untuk terima kumpulan pelarian ini...malah membantai pula negara kita dan negara tetangga sebagai zalim kerana tidak membawa masuk mereka ini...
malah saya sedih ada dari kita yang membantai pemerintah negara kononnya tidak Islamik dan tidak sensitif dengan kesusahan ummah padahal pasukan keselamatan kita dengan bantuan orang perseorangan dan NGO pergi ke laut lepas untuk bertemu mereka-mereka ini, berikan bantuan makanan dan keperluan asas yang sepatutnya sementara kita selesaikan isu ini diperingkat government to government dan berunding dengan UNHCR serta negara penerima pelarian...
..dan saya juga sedih ada yang fikir tembolok sendiri sampai sanggup biarkan saudara seugama terus ditindas kerana berkira tentang cukai dan generalisasi yang semua orang2 pelarian ini adalah PATI yang sikapnya buruk dan hanya berpura-pura susah (tidakkah kita tahu yang manusia ini sikapnya pelbagai, dan tidak semua orang itu sikapnya buruk) dan paling teruk....ada yang masih bodoh politik mempolitikkan isu yang tak ada kena mengena dengan parti politik..
Isunya bukan tentang ugama, atau warna kulit...tetapi mengenai kemanusiaan, namun untuk membantu kita juga perlu tahu tahap mana kita boleh bantu...dan juga kesedaran mengenai peri pentingnya kita mempunyai keupayaan untuk mempertahankan diri kita dari tekanan dan penindasan...dan pada masa sama sedar tahap keupayaan kita.....episod Rohingya ini perlu mewujudkan kesedaran didalam diri kita yang pertahanan diri dan negara adalah aspek yang sangat penting....
orang-orang Rohingya ini senario mereka hampir sama seperti orang-orang Bosnia dan Croats yang disembelih Serb ketika perpecahan Yugoslavia satu ketika dahulu....kita sedia maklum orang-orang Muslim Bosnia ini terdiri dari kalangan professional dan cendekiawan, Croats juga begitu dan majoritas orang-orang Serb berkhidmat dalam pasukan keselamatan...
apabila pecahnya Yugoslavia kepada republik-republik bebas seperti Bosnia Herzegovina, Serbia dan Montenegro, serta Croatia..etnik Serb seboleh-bolehnya mahu semua wilayah asal Yugoslavia kekal dibawah taklukan mereka...lantas menggunakan kuasa dan majoriti etnik mereka dalam tentera untuk berbuat demikian...sehingga mencetuskan perkelahian antara etnik yang menjurus kepada pembersihan etnik yang sangat tragis dalam sejarah Eropah...
apabila pecahnya Yugoslavia kepada republik-republik bebas seperti Bosnia Herzegovina, Serbia dan Montenegro, serta Croatia..etnik Serb seboleh-bolehnya mahu semua wilayah asal Yugoslavia kekal dibawah taklukan mereka...lantas menggunakan kuasa dan majoriti etnik mereka dalam tentera untuk berbuat demikian...sehingga mencetuskan perkelahian antara etnik yang menjurus kepada pembersihan etnik yang sangat tragis dalam sejarah Eropah...
kembali kepada isu Rohingya apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia adalah dengan memberikan bantuan kemanusiaan yang sewajarnya, dan dari segi ugamanya kita bertanggungjawab melindungi ummah dari tekanan harbi seperti ekstremis ugama yg ada di Myanmar itu....tetapi yg perlu diutamakan adalah yg menjadi pelarian dan berada dilaut lepas cuba mencari perlindungan dan suaka politik....
itu sahaja yang boleh kita lakukan..
itu sahaja yang boleh kita lakukan..
kenapa saya berkata begitu..?
1.senario ASEAN yang kini terbahagi kepada dua blok kuasa yakni berkiblatkan Barat dan juga China menyukarkan resolusi bagi mengenakan tekanan ekonomi dan diplomatik keatas Myanmar, ditambah sentimen mengenai pertindihan wilayah laut di Laut China Selatan menyukarkan lagi satu resolusi sebulat suara ASEAN keatas Myanmar.Walaupun tidak ketara tetapi kita dapat lihat siapa berkiblatkan China dan siapa berkiblatkan AS secara tersirat. Dan telah jelas bagaimana Myanmar sendiri menolak untuk berbincang tentang perkara ini, bersikap lepas tangan dan tidak bekerjasama dengan negara-negara ASEAN lain.
2.Kita boleh mengusulkan China sebagai kuasa serantau untuk mengenakan sekatan ekonomi tetapi ini tidak akan berlaku secara efektif kerana kepimpinan Myanmar kini lebih cenderung kearah Barat selepas pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun lepas, malah pada masa sama bantuan ekonomi dari China merudum sementara pelaburan dari Eropah dan Amerika meningkat secara mendadak. Tekanan ekonomi unilateral dari China tidak akan memberikan hasil yang dimahukan, malah membuka lebih banyak peluang pelaburan dari Barat dan menyukarkan lagi tekanan keatas Myanmar. Joint pressure adalah langkah paling efektif tetapi untuk mendapatkan sokongan dari semua ahli ASEAN adalah agak sukar merujuk kepada sentimen pertama.
3.Memberikan bantuan militer kepada pelarian Rohingya sebagai cara pertahanan diri kelihatan sebagai satu idea baik, namun secara tidak langsung ia akan menyebabkan Malaysia dilihat sebagai negara yang mendukung aktiviti insurgen militer yang menentang pemerintahan yang sah walaupun ia dilakukan secara halus mahupun melalui pihak ketiga. Apapun ia masih lagi dapat dilaksanakan secara tidak langsung melalui pertubuhan bukan kerajaan atau orang perseorangan yang tidak mewakili kerajaan Malaysia. Impaknya, ia bakal mewujudkan perang antara etnik Rohingya dan etnik-etnik lain di Myanmar, menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah penduduk awam yang tidak berdosa dikedua-dua pihak. Kita seboleh-bolehnya tidak mahu mewujudkan lebih banyak pertumpahan darah dikedua-dua belah pihak.
Tiga perkara ini sukar untuk dilaksanakan kerana keadaan geopolitik serantau yang turut melibatkan permainan kuasa-kuasa besar utama lebih-lebih lagi kita sedia maklum yang kuasa militer barat mempunyai pandangan serong dan bias terhadap Muslim sejak sekian lama. Ini bukan satu benda yang sangat mudah. Ia amat kompleks dan memerlukan perancangan yang amat teliti dan komprehensif. Ia tidak semudah menubuhkan tabung kutip derma. Tidak semudah itu.
Apa yang boleh dilakukan adalah, menggerakkan tekanan secara massa dikalangan masyarakat dalam dan luar negara mengenai penindasan etnik Rohingya oleh pemerintah Myanmar melalui gerakan media sosial secara global, sama seperti gerakan yang menyokong kekejaman keatas Gaza dan menentang Israel ketika konflik Gaza tahun lalu.
Ini dapat dibuat melalui pemboikotan produk dari Myanmar atau menghentikan pengambilan pekerja warganegara tersebut secara total, penerangan mengenai penindasan keatas etnik Rohingya bagi membuka mata masyarakat global dengan lebih meluas lagi, kekejaman yang berlaku keatas mereka, keadaan mereka yang menjadi pelarian dan mewujudkan dana bantuan bagi membolehkan mereka ini menjalani kehidupan baharu dinegara yang menyediakan suaka politik atau negara yang bertindak sebagai transit pelarian.
Demonstrasi aman oleh gerakan Islam di Indonesia, Bangladesh dan lain-lain negara Islam , kadangkala oleh kalangan orang2 Rohingya sendiri telah pun berlaku sejak kezaliman keatas Rohingya berlaku dengan mendadak cuma momentumnya tidak sepantas kekejaman di Gaza, selain ia tidak mendapat liputan meluas media massa mahupun media sosial kerana tenggelam dek isu serantau dan tempatan yang lain. Impak yang terjadi keatas pembantaian masyarakat global keatas Israel boleh berlaku sekali lagi keatas Myanmar jika ia dikoordinasi dengan baik oleh gerakan-gerakan hak asasi manusia, keugamaan (Islam, Buddha dan lain-lain) yang tidak ekstrem, serta badan bukan kerajaan dengan bantuan kesedaran dikalangan masyarakat media massa..ia mampu mengubah nasib pelarian-pelarian ini.
Pada masa sama kita boleh membantu dari segi memberikan kesedaran politik kepada etnik ini, melawan dengan cara menuntut hak kewarganegaraan dan suara politik didalam pemerintahan Myanmar dengan negara-negara ASEAN yang terlibat dengan influks pelarian seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia sebagai wakil ASEAN sementara China dan Bangladesh sebagai negara neutral yang bertindak sebagai pemerhati dan pemantau proses tersebut.
Worst case scenario mungkin membantu mereka mewujudkan wilayah autonomi atau wilayah merdeka Rohingya utk mereka panggil tanah air. Ini bakal memperlihatkan Myanmar perlu melepaskan wilayah mereka, satu tindakan yang sangat mustahil untuk pemerintah mereka lakukan, dan amat berisiko memanjangkan lagi konflik bersenjata antara kedua duanya, malah bakal terus menerus memberikan tempias pelarian kepada Malaysia, Thailand, Indonesia dan Bangladesh sendiri.
Ini bakal memakan masa yang panjang dan tidak menjamin tindakan kekejaman dan kezaliman akan terhenti tetapi secara tidak langsung memberikan etnik Rohingya ini hak mereka untuk menjadi warganegara yang sah dan bukan sebagai orang buangan maka option pertama yakni menimbulkan kesedaran, membuka pekung kezaliman pemerintah Myanmar dan memupuk perasaan simpati keatas keadaan pelarian ini dikalangan masyarakat media masa tempatan dan global adalah yang paling efektif setakat ini.
Apa yang pasti sudah tiba masanya apa sahaja etnik di Myanmar perlu berasimilasi dan bertoleransi antara satu sama lain dengan rasional dan bukan mendokong ekstremisme agama dan perkauman.
Jelas yang Myanmar tidak mendepani ASEAN yang dibentuk dengan komposisi pelbagai etnik dan kaum didalam kalangan negara ahlinya malah terus menerus melakukan kezaliman dan melanggar hak asasi manusia.
Jelas yang Myanmar tidak mendepani ASEAN yang dibentuk dengan komposisi pelbagai etnik dan kaum didalam kalangan negara ahlinya malah terus menerus melakukan kezaliman dan melanggar hak asasi manusia.
Kita tahu Amerika menutup sebelah mata mengenai Rohingya, kerana Myanmar adalah democratic brainchild mereka di Asia Tenggara serta tumpuan pelaburan yang sangat menguntungkan. Sudah tentu kepimpinan negara tersebut amat hipokrit kerana Myanmar pada mereka adalah champion sistem demokrasi dan kebebasan bersuara. Itu tidak dapat disangkal lagi jadi tidak pelik melihat negara-negara Barat seperti endah tak endah tentang isu Rohingya malah meletakkan kesalahan kepada negara ASEAN.
Jika kita ingin melaksanakan tekanan ekonomi, diplomatik dan militer keatas Rohingya, kita memerlukan China dan Russia sebagai suara utama dan ASEAN sebagai satu suara mutlak. Sayang sekali Russia sedang mengalami krisisnya yang tersendiri ekoran penurunan harga minyak yang mendadak dan China tidak mengamalkan dasar campurtangan dalam pemerintahan dan isu dalaman satu satu negara seperti Amerika. Namun jika Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN kali ini dapat memujuk kedua-dua negara tersebut atas dasar kemanusiaan untuk menekan Myanmar ia pasti dapat membuahkan hasil yang positif dgn izin. Hanya dua kuasa ini sahaja yg dapat menekan AS dan sekutu Eropahnya untuk berbuat perkara sama.
Ini hanya langkah jangka pendek. Secara jangka panjang, etnik-etnik yang ada di Myanmar perlu bertoleransi dari segi ugama dan etnik untuk kekal aman dan makmur serta menolak ekstremisme ugama dan kaum. Jika mereka terus menerus menindas, satu masa nanti pasti akan terjadi konflik ugama dan perkauman yang lebih dahsyat. Kita tak mahu melihat keadaan sepertimana yang berlaku di Sarajevo dan Srebrenica......
Apa yang menyukarkan tekanan keatas Myanmar berkenaan pelarian Rohingya adalah klasifikasi mereka keatas kelompok manusia ini yang dikira bukan warganegara dan merupakan imigran tidak sah, walhal etnik Rohingya ini sudah ratusan tahun mendiami wilayah Arakan dan sejak sekian lama berintegrasi dengan etnik-etnik lain di Myanmar.
Kita sedia maklum orang-orang Rohingya ini memiliki tanah yang luas, ada yang terlibat dalam sektor ekonomi domestik dan telah tinggal di Arakan dan seluruh Myanmar bergenerasi lamanya. Mereka adalah golongan minoriti tetapi mempunyai kelebihan dari segi ekonomi mandiri yang akhirnya dinafikan pemerintah Myanmar. Mereka ini asalnya bukan orang miskin hina tetapi antara strata masyarakat yang ada ada.
Penindasan keatas mereka lebih bersifat perkauman, dengan menambah isu keugamaan sebagai api utama menghalalkan tindakan kezaliman.
Tiada kuasa atau wakil politik yang jelas dalam strata masyarakat Rohingya serta penglibatan mereka dalam pemerintahan yang sejak dari awal disingkirkan menyukarkan lagi legitimasi etnik ini di Myanmar.
Tiada kuasa atau wakil politik yang jelas dalam strata masyarakat Rohingya serta penglibatan mereka dalam pemerintahan yang sejak dari awal disingkirkan menyukarkan lagi legitimasi etnik ini di Myanmar.
Apa yang boleh dibuat pada peringkat government to government dalam ASEAN adalah dengan campurtangan secara terus. ASEAN perlu sebulat suara untuk intervene, paling kurang menempatkan pasukan pengaman sebagai buffer antara etnik Rohingya ini dengan pemerintah mereka untuk mengurangkan lagi hostiliti dan kematian pihak tertindas. Pada masa sama, mahu tidak mahu Myanmar perlu recognize etnik ini sebagai warganegara, memberikan ruang untuk mereka diwakili secara demokratik dan saksama, selain mengambil jalan tengah dengan berasimilasi dan berintegrasi sesama mereka. Myanmar hanya ada kata dua, samada melepaskan Arakah kepada Rohingya sebagai wilayah merdeka atau wilayah autonomi, atau terima seluruh warga Rohingya ini sebagai warganegara Myanmar yang sah seperti sepatutnya.
Jika mereka berkeras untuk menolak, maka campurtangan kuasa besar dari China dan India diperlukan dengan cara sekatan pelaburan mahupun ekonomi. Kita tidak boleh bergantung harap kepada Amerika dan sekutu Eropah mereka yang terang dan jelas hipokrit dan bias dalam isu ini dan ia secara tidak langsung meletakkan China dan India sebagai pemain utama dirantau sebelah sini lantas menidakkan hegemoni Amerika serta dasar pivot to Asia mereka.
Satu lagi jalan adalah meletakkan wakil dari kalangan etnik Rohingya ini didalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Berikan mereka peluang untuk bersuara pada peringkat global seperti mana Palestine. Ia telah berjaya menggentarkan Israel dan ia mampu memberikan tamparan hebat kepada Myanmar dan secara tidak langsung Amerika yang sejak dari dulu mencanang yang merekalah juara hak asasi manusia dan demokrasi.
Disini Malaysia dapat memainkan peranan.
Disini Malaysia dapat memainkan peranan.
Kita bertindak sebagai pengerusi ASEAN. Usul kita perlu mendapat sokongan kalangan tetangga ASEAN atas dasar kemanusiaan. Kita dengan jelas mendokong moderation dan menentang fahaman ugama yang fanatikal dan ekstrim (tidak kira apa jenis ugama sekalipun) maka ini adalah masanya untuk kita menunjukkan pandangan kita secara konkrit. Tarik masuk Thailand sebagai negara majoritas penganut Buddha untuk memberikan contoh moderation dan mengutuk tindakan ekstremis Buddha di Myanmar. Tarik juga kepimpinan Buddha dan ugama-ugama lain di dalam negara kita dan Indonesia untuk turut sama mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan dan mencemar ugama. Ia lebih berhikmah dari berbondong-bondong menyalahkan pemerintah negara kita sendiri dan mempolitikkan isu tersebut.
Ini adalah beberapa jalan penyelesaian peringkat kepimpinan tertinggi. Ia tidak semestinya berjaya kerana kita kena mengambil kira faktor campurtangan kuasa Eropah yang ada kepentingan mereka sendiri di Myanmar.
Bagaimana pula peringkat individu..?
doakan yang mereka yang terus menerus ditindas dan dizalimi ini bangkit melawan...pohon supaya Tuhan memberikan mereka keberanian dan membuang wahn dari jiwa mereka dan jiwa kita...
doakan yang mereka yang terus menerus ditindas dan dizalimi ini bangkit melawan...pohon supaya Tuhan memberikan mereka keberanian dan membuang wahn dari jiwa mereka dan jiwa kita...
kalau dulu kita boleh share foto anak kecil Gaza yang terkorban kenapa tidak kita share foto-foto kekejaman keatas etnik Rohingya....kalau dulu kita berpusu-pusu menunjukkan solidariti keatas Gaza dan Syria dan Mesir kenapa tidak kepada Rohingya juga....kenapa tidak turun ke jalanraya, memenuhi perkarangan kedutaan Myanmar, dan menghantar memorandum protes kepada negara tersebut seperti yang pernah dibuat sebelum ini...
gerakan media sosial samada NGO, gerakan keugamaan dan hak asasi manusia juga perlu memainkan peranan memberikan kesedaran berkenaan Rohingya.....kalaupun kita tidak mampu untuk berikan perlindungan untuk mereka di dalam negara kita sendiri, sekurang-kurangnya kita dapat sediakan tempat selamat untuk mereka menjalankan kehidupan sehari-hari mereka di tanah air sendiri.....
ya masalah ini perlu diselesaikan di Arakan dan Myanmar perlu ditekan secara sosial,politik dan ekonomi....ini memerlukan penglibatan semua rakyat Malaysia dan bukan kerajaan memerintah sahaja.....
oh dan satu lagi, dari menyalahkan Malaysia....kenapa tidak anda membuat petisyen dan memberikan tekanan keatas Myanmar instead....kenapa tidak berhimpun dihadapan kedutaan Myanmar untuk menunjukkan solidariti....
MMP
MMP