![]()
OP BENTENG – 5 PENDATANG TANPA IZIN WARGA INDONESIA DITANGKAP OLEH PASUKAN 61 RAD
KOTA TINGGI, 12 Jul 20 - Tentera Darat Malaysia (TDM) sekali lagi mencatat kejayaan melalui formasi Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) membuat tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi OP BENTENG di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) pada 12 Jul 20 jam 0400 pagi.
Tindakan pantas pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) telah berjaya
menangkap 5 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia berusia sekitar 23 hingga 40 tahun.
Pasukan bertindak hasil maklumat dari Sistem Pengawasan Radar Kenderaan Perisai GEMPITA oleh Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) yang telah mengesan sebuah bot menghampiri Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi.
Satu kumpulan anggota dan Pegawai dari 61 RAD diketuai oleh Kapten Norhisham Iswandy dari Pos Tanjung Sepang telah digerakkan membuat rondaan keselamatan di sekitar Kampung Punggai telah terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan dijarak 50 meter dari pantai dipercayai untuk membawa PATI.
Hasil pemeriksaan telah berjaya menahan 5 PATI yang masih bersembunyi di dalam semak sekitar kawasan tersebut dipercayai sedang menunggu untuk menaiki bot.
Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 12 ribu ringgit yang melibatkan 7 buah telefon bimbit serta wang tunai RM1,550 dan IDR 21 Juta (RM6,236).
Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.
Usaha menjejaki diteruskan dengan bantuan Tim Dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).
TDM akan terus menggiatkan operasi menjaga sempadan negara dengan mengaturgerak aset, anggota dari unit-unit serta formasi TDM dari dicerobohi dengan kemasukan PATI demi keselamatan dan kesejahteraan negara. PATI yang cuma membolosi sempadan akan terus diburu dengan usaha serta operasi agresif yang dilaksanakan oleh TDM.
![]()
Gempita SURV memiliki peralatan Reconnaissance Vingtaqs II, yang merupakan target acquisition and surveillance system daripada Syarikat Vinghog yang merupakan sebahagian dari Rheinmetall Nordic AS, former Simrad Optronics ASA.
Gempita SURV mampu mendapatkan koordinat sasaran dengan tepat . Sistem VINGTAQS Fire Control System (FCS) boleh dilengkapi GTLD dan menggalas tugas Forward Air Controller (FAC).
Ia merupakan sistem pakej sensor jarak jauh dalam apa jua cuaca, dan mampu mengesan dan mengenalpasti sasarah sehingga pada jarak 20 kilometer Maximum. Jarak pengesanan radar pula ialah 48 km (Radar), 17 km (Day Camera), 15 km (Thermal Imaging Module)
Imej Radar terus dipaparkan kepada shown area of radar sweep secara realtime dalam Network Centric Operation ATM.
Sebaik sahaja radar mengesan sasaran, secara automatik kamera thermal akan menghalakan kamera kearah sasaran. Sistem ini memiliki Automatic Video Tracker, Scene Locker, Image Stabilization and Image Fusion.