Oleh ikansadinmknorang
Kita mendengar akan ura2 penambahan pesawat tempur pelbagai fungsi (MRCA) bakal memperlihatkan pemilihan lend lease option dari firma Saab dengan pesawat JAS39 Gripen...
Ia kelihatan lebih kepada keputusan berdasarkan keperluan ekonomi dan politik negara dan bukan berdasarkan keperluan militer angkatan udara negara kita pada pendapat saya...
TUDM khususnya dan ATM amnya diselubungi variasi alatan dan aset pelbagai keluaran negara berbeza....dan ini amat jelas didalam pegangan aset TUDM sendiri yg memperlihatkan campuran pesawat juang blok barat dan russia....
Sudah sampai masanya kita memfokuskan keupayaan pesawat tempur kita pada satu jenis platform berbanding 2 3 platform berbeza pada masa sekarang.....justeru saya menyeru agar perolehan bagi program pesawat tempur pelbagai ditumpukan kepada lebih banyak pesawat Su-30MKM...
Para pembaca terutamanya pastinya tahu akan kepelbagaian keupayaan tempur pesawat keluaran firma Irkutsk ini...serta kemampuan platform su27 yg boleh dikonfigurasi berdasarkan keperluan negara pengguna....dari pesawat tempur satu tempat duduk....dua tempat duduk...konfigurasi serangan dan peperangan elektronik...pemintasan jarak jauh...konfigurasi atau varian pesawat serangan udara ke darat....dan banyak lagi....
Maka kenapa...pembuat keputusan dan kepimpinan militer tertinggi masih tercari2 pengganti pesawat pemintas lagenda MiG29N....
refer here for Perbelanjaan Ketenteraan Malaysia dan Program MRCA
Ikansadinmknorang

.jpg)









