Cope Taufan 2014 memang agak mengejutkan aku. Kehadiran F-22 Raptor yang di ura-urakan akan bertembung dengan Su-30MKM dalam latihan pemintasan, dogfight, comm familiarisation, wingman control, flying formation dan serangan.
Namun begitu sebenarnya apa yang lebih menarik minat aku ialah pertembungan antara F-22 dengan MIG-29N TUDM. Seperti yang kita tau Mig-29N kita ni boleh tahan lah canggihnya dan memiliki off boresight capability. .. tapi kalau di bandingkan dengan F-22 RAPTOR tu.. umpama langit dengan bumi lah ceritanya.
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2013/10/rmaf-mig-29n-off-boresight-capability.html
Difahamkan F22 berlatih dengan Mig29 semalam dalam latihan dogfighting 1vs1 dan 2vs2. Hasil pertembungan tu tidak didedahkan lah. Tapi aku dengar gossip2 kata saling tapaw menapaw antara satu sama lain di samping keputusan seri. Agak mengejutkan jika benar gossip ni. Tapi biasala senario latihan kadang akan beri disadvantage pada F-22 dan begitu juga sebaliknya.
Tapi kembang juga la punggung bila dengar gossip kata F-22 sukar nak lock Mig-29N ... semasa dogfight. Obviously Pilot TUDM dapat pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna hasil dari kena tapaw dalam eksesais2 Cope Taufan yang lepas. We learn from mistake and we improve our self kata orang jawa.
Mig-29 merupakan pesawat yang memiliki keupayaan yang sangat tinggi dalam pertempuran jarak dekat atau within visual range (WVR) ini disebabkan aerodinamik nya yang sangat superb dan Helmet Mounted Sight nya. Dalam 10 nautika mile Mig-29 merupakan lawan yang sangat sukar untuk dikalahkan dan sebenarnya digabungkan dengan IRST, SURA HMD dan Archer missile .. MiG-29 N boleh dikatakan terlalu susah untuk di tapaw. Rata2 pilot TUDM pun flight hour nya kurang berbanding pilot USAF tapi pengalaman dari pertembungan lepas memang tak pernah disia siakan.
28deg/sec instantaneous turn rate bagi Mig-29 memang menyukarkan mana2 aircraft untuk achieve lock dan ini terbukti didalam Cope Taufan
Sekain
GaGaK












