Kisah tahyul yang holliwood selalu jual pada anda ialah jet fighter yang semakin hari semakin canggih maintenance nya semakin sikit berbanding model2 yang sebelum nya.. ini kununnya disebabkan oleh kecanggihan semasa… yo lah.
Dulu perkara ni tak disedari sangat disebabkan kebanyakkan Negara yang menggunakan dan manufacture pesawat2 generasi baru ialah kuasa2 besar seperti, US, Russia, UK, Perancis dan sebagainya… tetapi apabila negara2 yang memiliki tentera udara yang kecil dan bajet yang sama kecilnya memiliki pesawat2 canggih ni barulah permasalahan ni disedari. Operation cost dynamic merupakan beban yang ditanggung oleh SEMUA angkatan udara, tak kiralah angkatan udara yang besar mcm USAF ataupun yang kecil mcm Malaysia. Tapi yang paling penting lebih kecil angkatan udara tersebut lebih kuat efek nya Operation Cost Dynamic nih.
Sebenarnya realitinya mcm ni. Lebih canggih pesawat bermakna KERUMITAN DAN COMPLEXITY peralatan elektronik, enjin, pendawaian semakin meningkat.. dan ini menambahkan titik2 kegagalan sistem2 tersebut. Setiap komponen yang baru memang lebih berkualiti dari komponen generasi sebelumnya tetapi lebih rumit system tersebut lebih BANYAK MAINTENANCENYA.. dan jumlah kos perbelanjaan akan MENINGKAT.
Sebagai tambahan lebih complex dan canggih pesawat bermakna pembaikan di medan menjadi lebih sukar dan dalam banyak keadaan adalah mustahil.. bermakna pesawat yang canggih dan complex mesti di maintain dalam depoh 2 yang khusus dan selamat di belakang barisan perang. Ini merumitkan logistic dan perlukan infra yang sesuai.. ini juga bermakna MAKIN BANYAK PAKAI DUIT.
Maintenance dan pembaikan di depoh2 khas juga memerlukan inventori sparepart sedia ada yang besar, peralatan2 yang sama canggihnya mesti disediakan di dalam depoh2 ini.. lagi sekali bermakna MAKIN BANYAK PAKAI DUIT.
Apa lagi… harga pesawat generasi baru tu sendiri SANGAT MAHAL dan harganya meningkat cepat berkadaran dengan peningkatan kecanggihan nya. … dan realitinya pesawat2 ini lebih banyak habiskan masa dalam depoh maintenance berbanding pesawat generasi dulu… masalah low readiness menjadi2 bila harga pesawat melonjak naik.. ini bermakna pembelian menjadi lebih sedikit berbanding jumlah pesawat yang patut di ganti atau pesawat yang grounded disebabkan maintenance.
Kebiasaannya masalah ini tak lah dirasai terlalu teruk kepada angkatan udara yang memiliki bajet yang besar seperti USAF dan RSAF, salah satu sebabnya ialah mereka membeli pesawat yang sama jenis dalam jumlah yang besar. … yang jadi paing ialah negara2 yang pesawatnya sedikit atau banyak sangat jenisnya. Sebagai contoh jika hanya ada 10 jet pejuang dan 5 masuk maintenance dan mengurangkan kekuatan angkatan udara ke 50% ..berbanding dengan negara yang ada 100 pesawat pejuang, rosak 5 masih ada 95% kekuatan udaranya. Nampak tak kat situ.
Malaysia dan TUDM khususnya menyedari masalah ni, dan memang kita ada cari jalan penyelesaiannya.. membina maintenance and repair center dan bekerjasama dengan pengeluar pesawat dalam operasi maintenance dan repair.
Baru ni juga Malaysia sain lagi satu perjanjian dalam meningkatkan readiness pesawat2 nya dengan rusia. Ape ntah jadinya pada perjanjian tu dan kenapa repair and overhaul facilities Malaysia masih belum dapat meningkatkan kadar readiness pesawat2 ni dengan kadar segera?
Kontrak 300 juta tersebut menyebut menyerahan aerodome equipment, penambahan alat ganti dan stok2 yang expendables, pembaikan peralatan2 dan khidmat nasihat dan latihan kepada teknisyen Malaysia.
Tetapi gossip yang aku dengar serviceability Su-30MKM perlahan2 decreasing dan keperluan untuk item Aircraft on Ground (AOG) semakin meningkat. Jadi apejadi pada perjanjian ni ek. Dah deliver ke belum? Depoh2 maintenance ni jika nak beroperasi pada full capacity, mestilah penuh dengan sparepart, expendable item dan peralatan2 maintenance.. so far sekarang Malaysia mampu untuk melakukan maintenance tetapi major overhaul enjin, airframe dan sistem2 yang complex tu masih terpaksa dihantar ke Russia.. dan tau lah rusia ni dengan perangai Go Slow nya tu.
Penggantian MRCA melalui program leasing ni aku setuju je.. Cuma just nak inform pada semua, melainkan Malaysia ambik superhornet atau MKM ini bermakna nak menambah satu jenis lagi pesawat yang sangat berbeza sparepart dan maintenancenya dengan pesawat TUDM yang lain. Logistic nightmare orang jawa kata.
Sadin banyak kali sebut.. kalau bijak tambah pesawat sedia ada dan bukan menambah jenis pesawat.. kalau nak sangat replace terus keseluruhan MRCA kepada sejenis je pesawat.. phase out pesawat lama tu atau jual.
Remember.. kita bajet kecik so sepatutnya kita jangan pening2kan kepala dengan masalah maintenance ni.
GaGaK










