Quantcast
Channel: Malaysian Support The Troops
Viewing all articles
Browse latest Browse all 705

INDUSTRI MELIBATKAN PERTAHANAN - REALITI DAN FOKUS YANG PERLU DITETAPKAN

$
0
0

INDUSTRI MELIBATKAN PERTAHANAN - REALITI DAN FOKUS YANG PERLU DITETAPKAN

oleh ikansadinmknorang...point form style ala @Shahpaskal

1.ramai yang kata kita kena ada industri pembuatan pesawat sendiri...dan lain2 industri pertahanan..kena tahu buat pesawat barulah tak perlu susah2 beli dari negara luar...

2.saya setuju dengan kenyataan ini....tetapi realitinya ia bukan semudah seperti yang kita sangka..

3.ya kita ramai tenaga pakar...ramai graduan dari kalangan jurutera aeronautika...mekanikal..elektronik..dan macam2 lagi...tetapi kita ketiadaan platform untuk mereka berkarya dan berinovasi....

4.betul ada syarikat2 tempatan yg berkecimpung dalam industri aeroangkasa....betul saya tak kata salah memang ada...tapi takat mana mereka....hanya sekadar terlibat dengan baikpulih....tukar sparepart.....kebanyakannya amat asas....paling hebat kita berjaya tambah panjang pesawat C-130....oh dulu kita ada bina pesawat awam tapi lepas tu tak tahu apa jadi pada syarikat tu....cuba cari Eagle ARV.....

5.saya belum sentuh bab industri pembinaan kapal...yg saya lihat lebih baik keadaannya dari industri aeroangkasa.....bukan sebab kerajaan dan pasukan keselamatan ada order utk buat kapal tapi disebabkan demand dari industri swasta...

6.ya...keadaan industri maritim dan pembinaan kapal lebih baik kerana adanya demand dari syarikat perkapalan dan industri itu sendiri....dan juga demand dari industri berkaitan perkapalan seperti offshore oil and gas serta bukering yg terus berkembang....sehingga mencambahkan inovasi baharu....

7.kerana itu saya katakan...keadaan nya lebih baik....dalam masa limbungan kapal menantikan kontrak dari kerajaan...mereka buat keuntungan dengan membina kapal awam....atau terlibat dengan pembinaan struktur pelantar minyak...lihat sahaja macam mana majunya Sapura Kencana....MMHE, Labuan Shipyard and Engineering....MSET...dan banyak lagi.....bandingkan dengan berapa kerat syarikat yg berkaitan aeroangkasa....mcm ada tak ada sahaja...

8.jadi tujuan saya menulis adalah untuk memberikan kesedaran....yang bukan semua industri kita boleh kuasai.....anda lihat negara maritim seperti Denmark, Norway, Belanda....semuanya amat hebat dan berpengaruh dalam industri pembinaan kapal dan pembuatan struktur cari gali minyak...selain amat kehadapan dari segi teknologi seperti Dynamic Positioning....marine propulsion....hull design....sehinggakan cat kapal pun mereka boleh hasilkan sendiri..




Masa yang di ambil untuk membina sebuah jet pejuang..

9.negara yang saya sebutkan tadi tidak mempunyai industri aeroangkasa yang trampil....Denmark membeli pesawat tempur dari Amerika....begitu juga Norway dan Belanda...kedua2nya mengoperasikah hampir kesemua pesawat buatan Amerika....tetapi kapal perang mereka lebih canggih dan lebih trampil dari kapal2 perang amerika sendiri....anda lihat sahaja tahap teknologi kapal perang seperti HMDS Absalon dan HMDS Esbern Snare....atau kapal2 dari Belanda seperti LPD Rotterdam class...frigate2 De Zeven Provincien dan Iver Huidtfelt......Norway sendiri adalah pelopor bidang pembinaan dan pembuatan struktur bagi industri minyak dan gas....malah merupakan pelopor inovasi teknologi2 baharu dalam industri tersebut....

10.jadi apa yang perlu dibuat adalah....fokus industri yg boleh membawa lebih banyak keuntungan dari segi ekonomi dan sumber manusia secara jangka panjang.....industri maritim dan industri pembuatan kapal sudah well establish dalam negara kita...cuma perlu di perhalusi dan di variasikan lagi....

11.kalau sekarang kita sudah boleh keluarkan kapal (sebenarnya kita sudah mula membuat kapal sendiri sejak era Malaysian Shipyard and Engineering - MSE lagi)..x mustahil kita boleh langkau jauh dengan pembuatan marine diesel engine..marine generators..marine propulsions..dan lain2 lagi jentera auxiliary kegunaan kapal...yg sudah tentunya digunakan bukan sahaja di kapal2 awam malah kapal2 perang....

12.bukan maksud saya mengenepikan industri aeroangkasa....ia sama penting...tetapi julat kelebihannya tidak dapat melangkaui apa yg berjaya ditunjukkan industri maritim dan shipbuilding..malah industri automotif sekalipun...tanpa militer industri aeroangkasa terpaksa berharap kepada siapa....?...mana syarikat2 yg sudah kekal dengan TUDM seperti ATSC akan pergi....silap2 tutup kedai terus....

13.anda lihat turki...mereka amat fokus pada satu industri....iaitu automotif dan perkapalan....dan lihat apa hasilnya.....kerana apa...kerana industri yang paling sukar dikuasai dan amat sukar untuk divariasikan adalah industri aeroangkasa....melainkan anda memerlukan sejumlah besar pesawat seperti apa yang dibuat negara2 superpower seperti AS dan Russia serta China untuk memastikan industri tersebut relevan.....

14.Fokus pada industri yg mampu memberikan kelebihan....adalah lebih realistik....dan lebih produktif serta cost effective dari segi jangka panjang.....

15.kerana itu sebab...kebanyakan negara2 maju masih membeli pesawat dari negara pengeluar pesawat....cuba anda kira...berapa buah negara yg betul2 maju dan aktif dalam industri aeroangkasa dari pembuatan pesawat komersil hingga pesawat tempur....Perancis...AS.....Russia...hmmmm......pesawat2 komersil yg meluas digunakan oleh negara2 dunia....Airbus..Boeing...

16.sebenarnya tak salah menjadi pembeli....kita tak boleh jadi hebat dalam semua bidang...tapi sekurang2nya kita hebat dalam satu dua bidang pun sudah memadai....

17.kalaupun tak dapat bina pesawat sendiri...sekurang2nya...UAV dan UAS buatan tempatan sudah mula mendapat tempat dalam pasukan keselamatan dan sektor awam negara.....jadi sektor aeroangkasa ini boleh diperluas dan dimajukan lagi....dan berdasarkan pemerhatian....pembangunan teknologi UAV dari kalangan tenaga pakar dan mahir tempatan semakin pantas.....


cockpit f-35 gabungan kejuruteraan yang sangat kompleks

18.akhir sekali...kepimpinan negara...baik pembangkang mahupun pemerintah kena cerdik sedikit....jangan cakap2 sahaja pasal industri kapasiti tinggi tapi masih susah nak sokong barangan buatan tempatan....susah nak sediakan funding untuk anak2 muda di universitas untuk mereka eksplorasi idea dan kemahiran mereka.....jangan kedekut sangat....

19.juga perlu kita ingat...zaman kini bukan zaman membina sesuatu dari pelan asal ala2 Wright Brothers.....kita perlu mencontohi Sweden dalam pembangunan industri....dimana mereka menuai teknologi.....lihat sahaja kekompleksan Saab Gripen.....ia dibina dari pelbagai alatan..penderia dan teknologi yg datang wujud secara komersial...dan datang dari pelbagai manufacturer yg disatukan kesemuanya membentuk pesawat pejuang yg trampil....

20.setakat itu sahaja....lontarkan komentar anda.....

sekain 2 ela...

ikansadinmknorang

----------------------------

Tahukah anda ada dua buah prototype Su-30MKM yang tak pernah di serahkan kepada Malaysia bagi tujuan R & D di Russia?

GaGaK mencelah sambil bermain piano

Viewing all articles
Browse latest Browse all 705

Latest Images

Trending Articles



Latest Images