Perhatikan perbandingan ini. Gambar 1 menunjukkan kelengkapan yang digunakan semasa OP Daulat. Sebelum OP Daulat ramai sering bertanya adakah anggota tentera darat dilengkapi body armor. Dari OP Daulat dan juga hampir kesemua Operasi2 ketenteraan yang lain seperti OP Astute sehinggalah tugasan pengaman.. kita tau bahawa anggota kita memang dilengkapi dengan body armor.
Balistic helmet juga telah lama dilengkapi. Secara amnya kelengkapan asas anggota infantry telah mencukupi ketika anggota2 ke medan perang.
Seterusnya ialah penambah baikan dan upgrade bagi meningkatkan keupayaan infantri TD. Dalam DKT yang lepas kita dapat lihat peningkatan kuasa tembak yang ketara dalam satu seksyen infantri tentera darat.
Di masa hadapan pula terdapat usaha dari firma2 tempatan dalam memperkenalkan sistem infantri masa hadapan. Di mana kelengkapan yang canggih dan terkini di cadangkan bagi meningkatkan battle awareness, kuasa tembak dan perlindungan seorang anggota infantry.
Persoalan aku ialah.. relevan kah sistem ini dalam konflik masa kini. Adakah sistem ini jika diperkenalkan semasa OP Daulat akan memberi perubahan ketara dalam keupayaan combat dan operasi? Adakah sistem ini digunakan dalam perperangan hutan atau bandar? Adakah sistem ini kos efektif?
Seterusnya pengenalan Camo Digital. Kajian yang amat terperinci di laksanakan bagi menghasilkan Camo ini. Sedar atau tidak STRIDE telah lama menjalankan kajian camo digital keatas peralatan dan pakaian anggota tentera.
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2013/11/stride-digital-camo-development.html
Seperti yang kita tau Jakel menerima kontrak bagi membekalkan uniform digital ni. Agak kontroversi tetapi syarikat yang bekerjasama dengan Jakel tu memang well known dan menghasilkan produk berkualiti. Ini gambar2 Load Out Digital yang Jakel propose semasa DSA. Aku malas nak watermark.. sapa nak ambil.. ambil lah gambar ni.
Sekain
GaGaK


.jpg)















